Minta maaf awal-awal kalau aksi tak menjadi – Hael Husaini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sukar mencari penyanyi gantian, Hael Husaini memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37, esok.

Hael yang pada mulanya tidak mahu beraksi atas faktor masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti COVID-19, awal bulan ini, terpaksa mengharungi detik itu biarpun mungkin sukar.

“Ketika lagu saya diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

“Jika persembahan biasa, saya tidak kisah… Ini pertandingan besar. Saya meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.

 

Hael memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas SFMM37, esok. Foto IG Hael Husaini
Hael memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas SFMM37, esok. Foto IG Hael Husaini

 

“Namun, saya gagal mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37,” katanya kepada BH Online.

Hael yang mengungguli AJL32 dan AJL33 memohon doa peminat agar lagu Sama Seperti Dulu yang dicipta bersama Iqie Hugh dapat dipersembahkan dengan baik, esok.

“Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik.

“Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak,” katanya.

Hael juga terbuka menerima komen peminat selepas melihat dirinya beraksi di pentas SFMM37.

“Saya tidak dapat mengawal komen dan pendapat penonton atas persembahan saya. Apa-apa pun, saya terima sahaja dan hormat pendapat semua orang.

“Saya hanya ingin memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu itu bersama Iqie… Doakan saya iya,” katanya.

SFMM 37 bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam selama dua hari mulai hari ini dan esok pada jam 3 petang.

Sebanyak 30 lagu bersaing merebut 12 tempat pada AJL37.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat