Reen Rahim tak serik berlakon walaupun ‘dicekik’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Reen Rahim, 34, tidak serik untuk berlakon lagi dengan seorang pelakon lelaki walaupun dia dikatakan mengamuk di lokasi penggambaran selepas ‘dicekik’ dan hampir pengsan dalam salah satu babak lakonan mereka baru-baru ini.

Reen ketika ditemui berkata, apa yang berlaku ketika di lokasi penggambaran itu sudah selesai dan lakonan mereka pun dapat dihabiskan dengan baik.

“Saya sangat profesional kerana apa yang sudah berlaku benda kecil sebenarnya. Ini kerana selepas habis saja insiden itu, tak sampai 10 minit, saya dah masuk berlakon semula.

“Saya okey saja sebab saya dah maafkan. Saya boleh tengok muka dia dan saya boleh lupakan, macam itu saja. Tak ada isu pun. Tapi, kalau dia yang dah tak mahu berlakon dengan saya. Kasihanlah sebab saya memang tak ada masalah pun” katanya ketika ditemui selepas sesi pratonton filem Daddyku Gangster lakonannya yang akan ditayangkan mulai 1 Disember ini.

Ditanya mengenai pandangan orang terhadap sikapnya yang mungkin dianggap kurang profesional, Reen berkata, dia sentiasa berpegang dengan nasihat ibunya supaya tidak berasa takut sekiranya memang tak bersalah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Reen atau nama sebenarnya Noreen Asyikin Abdul Rahim turut memaklumkan dia sudah membuang gambar di Instagram yang menampakkan dirinya seperti tidak memakai seluar, sekali gus mengundang kecaman dan kritikal nakal netizen.

“Gambar itu saya dah buang selepas ditegur ibu saya. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita terleka, terlalai dan terlepas pandang.

“Alhamdulillah, ramai juga yang tegur termasuk ibu juga memberikan teguran. Jadi, saya pun dah padam gambar itu. Insya-Allah, lepas ini saya akan tapis gambar-gambar yang sesuai untuk dikongsikan di Instagram,” katanya.

Reen yang bakat lakonannya dicungkil dari program Pilih Kasih di RTM, berkata, apa yang berlaku dalam kehidupannya dianggap sebagai takdir yang sudah tertulis.

Katanya, dia cuma akan berhati-hati serta lebih matang dengan mengambil apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan pembelajaran buat dirinya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat