Menteri Sangkal Suruh Makan Itik Sementara Kerajaan Kaji Harga Ayam Naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan beliau menggesa pengguna di negara ini untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Nanta berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti di dalam gambar yang ditularkan. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan.

“Sebagai seorang yang datang dari kawasan pedalaman di Kapit Sarawak, isu-isu seperti ini sememangnya amat dekat di hati saya dan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga KPDNHEP amat mengambil serius isu-isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat. Sebagai menteri, tentunya saya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini,” jelas beliau dalam catatan di Facebooknya menjelaskan salah faham tersebut.

Tetapi Nanta memberitahu, usaha-usaha ini memerlukan sedikit masa kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum Kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian yang memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Jelas beliau, isu kenaikan harga barangan ini sememangnya membelenggu dunia, bukan sahaja Malaysia. Ini adalah kesan daripada penularan wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama.

“Saya mohon kepada semua Keluarga Malaysia, janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan perkara-perkara berunsur fitnah seperti ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat