Pembangunan angkatan tentera China bendung ancaman perang bukan sasar negara tertentu

- Advertisement -

BEIJING – Kementerian Pertahanan China membidas laporan tahunan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengenai China yang didakwa memutarbelitkan dasar keselamatan dan strategi ketenteraan negara itu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian, berkata pihaknya menyatakan rasa tidak puas hati dan menentang tegas laporan Pentagon itu.

“Pembangunan angkatan tentera China bertujuan untuk membendung ancaman perang, menjaga keselamatannya sendiri dan menjaga keamanan dunia, ia tidak ditujukan kepada mana-mana negara atau sasaran tertentu.

“Laporan ini sengaja memperbesar-besarkan fakta sebenar dan menggembar-gemburkan ancaman tentera China yang sebenarnya tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Reuters.

Laporan itu menyatakan, sepanjang dekad yang akan datang, China dengan pantas akan memodenkan, mempelbagaikan dan mengembangkan kuasa nuklearnya, iaitu antara cita-cita China berhubung dasar pertahanan dan strategi ketenteraannya.

Pentagon berkata, China mempunyai lebih daripada 500 kepala peledak nuklear dan mungkin akan mempunyai lebih daripada 1,000 kepala peledak menjelang 2030.

Laporan itu berkata, China akan menggunakan reaktor percambahan cepat baharu dan kemudahan pemprosesan semula untuk menghasilkan plutonium bagi senjata nuklearnya, walaupun secara terbuka menyatakan teknologi itu adalah bagi kegunaan damai.

China dan AS baru-baru ini saling menuding jari mempertikaikan dakwaan berhubung kebimbangan keselamatan global dan negara serta interaksi ketenteraan di Laut China Selatan dan Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri.

Pentagon berkata, pada 2022 China memperkuat tekanan diplomatik, politik dan ketenteraan terhadap Taiwan.

Sementara itu, menyentuh mengenai ketenteraan China-AS, Wu berkata, negaranya mengekalkan komunikasi yang jujur dan berkesan dengan AS melalui diplomasi ketenteraan.

Bagaimanapun, banyak kesukaran dan halangan dihadapi dalam hubungan antara kedua-dua tentera itu, sebahagian besarnya dicetuskan oleh AS.

“AS berpura-pura keliru dan melakukan perkara yang membahayakan kepentingan keselamatan China, tetapi pada masa yang sama mahu menguruskan krisis dan mengukuhkan komunikasi,” katanya.

Pertikaian terbaharu antara kedua-dua negara berlaku beberapa hari sebelum China menjadi tuan rumah kepada pegawai pertahanan asing pada Forum Xiangshan ke-10 di Beijing dari 29 hingga 31 Oktober ini.

AS menerima jemputan China kali ini selepas China menolak pertemuan beberapa bulan lalu antara ketua pertahanan kedua-dua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat