YBR beri insentif 146 pelajar cemerlang di Penampang

- Advertisement -

PENAMPANG – Seramai 146 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekitar Penampang menerima insentif daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi membantu pendidikan pelajar di daerah itu.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, insentif yang diberikan adalah bagi membantu para pelajar memenyambung pengajian ke institusi yang dipilih serta menjadi pendorong untuk meningkatkan prestasi dalam pendidikan.

“Bagi meneruskan usaha menyediakan pendidikan berkualiti usaha guru-guru juga harus diberi penghargaan kerana mereka telah bertungkus lumus menyediakan modul pembelajaran bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada setiap pelajar dalam
memastikan mereka berjaya serta berbakti kepada bangsa dan negara,” katanya.

YBR dalam satu majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah St Michael Penampang Sabah telah menyampaikan insentif yang melibatkan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan dengan objektif membantu meningkatkan akademik serta memberi motivasi agar lebih berjaya di masa akan datang.

Penyerahan anugerah kepada pelajar-pelajar ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick di sini, hari ini.

Sementara itu, Ewon berkata, sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu anak-anak Sabah amatlah dihargai terutamanya dalam membantu golongan yang kurang bernasib dan yang memerlukan.

“Usaha ini sebegini dapat menarik kepada agensi-agensi bukan berkeuntungan yang lain untuk sama-sama turut serta dalam meningkatkan mutu pendidikan negara serta menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan sistem pendidikan yang mampan,” katanya.

Ewon turut mengumumkan 4 buah sekolah di daerah Penampang iaitu Sekolah Menengah St Michael, Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin terpilih menerima RM20,000 setiap sekolah melalui Program Pecutan SPM.

Ini jelasnya bagi bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut bagi persiapan menduduki peperiksaan SPM yang akan datang.

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah St Michael kerana telah menjadi sekolah harian cemerlang di seluruh Sabah dan sabagai pengiktirafan YBR telah memberikan sebuah smartboard kepada pihak sekolah sebagai kegunaan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk rekod, bantuan serta insentif yang diberikan melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan asnaf dan keluarga B40 dengan objektif menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau persediaan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat