Search jaga standard

- Advertisement -

MASALAH kewangan menjadi antara faktor kumpulan Search terus mengadakan konsert jelajah Rockin’ Arena di Penang Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember depan dan di AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari tahun depan.

Pemain gitarnya, Noordin berkata, disebabkan itu selepas kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada Jun lalu membuatkan mereka mahu mengadakan konsert secara ‘back to back’.

“Betul, memang ada masalah kewangan. Sebab itu kami buat konsert ‘back to back’ bermula Disember depan dan Januari. Lagipun, kos penganjuran daripada kami sendiri, tapi dalam masa sama mencari rakan kerjasama.

“Alhamdulillah, selepas konsert Rockin’ On Rooftop, banyak pihak tampil nak menaja. Maklum balas daripada konsert itu juga bagus.

“Namun, kami masih perlu berhati-hati dan meneliti pihak yang ingin menaja atau menjadi penganjur. Saya takut sebab pengalaman dah banyak dan saya tahu. Berdepan dengan penganjur, kita kena betul-betul,” katanya.

Menurut Noordin, bukan mudah menjalankan kerjasama dengan penganjur kerana mereka menyedari bukan semua boleh dipercayai 100 peratus.

“Saya tak nak nanti minta benda yang kita mahukan untuk konsert tiada itu, tiada ini. Ketika perjanjian semua okey, tapi hari kejadian, entah ke mana. Sebab itu kami suka buat semua sendiri.

“Kalau ada penganjur pun kami teliti betul-betul. Tengok apa yang berlaku sebelum ini pada kawan-kawan kita, dah sampai pentas tiada, tiada orang sambut.

“Mana pergi penganjur? Perkara sebegini yang selalu berlaku. Bukan kami jual mahal. Tidak sekali,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai konsert Rockin’ Arena di Pulau Pinang, Noordin berkata, Search dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu.

Selain itu, Search menjanjikan mutu dan kualiti persembahan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

“Perkara lebih penting yang akan kami perbaiki pada konsert seterusnya adalah dari segi produksi. Spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik lagi. Kami amat menitikberatkan piawaian ini selaras dengan nama besar Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock tanah air.

“Ini bermaksud apabila peminat menonton persembahan Search, mereka akan menikmati ‘standard’ Search itu sendiri dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya dikendalikan jurutera Search yang cukup berpengalaman.

“Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk mengekalkan pasukan sama dan bawa mereka ke lokasi lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noordin berkongsi Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Sepatutnya kami merancang untuk Kuching dan Kota Kinabalu hujung tahun ini, tetapi ia terpaksa ditunda berikutan situasi musim tengkujuh ketika ini. Kalau boleh, kami mahu membuat konsert di kawasan terbuka, jika buat di lokasi berbumbung tidak ada lokasi yang sesuai pula. Insya-Allah, mungkin kami akan ke sana tahun depan.

“Kami juga ada mengadakan perbincangan dengan penganjur konsert di Indonesia yang mana nak buat di Bandung pada penghujung Februari tahun depan,” katanya.

Selain Noordin, Search turut dianggotai oleh Denden Gonjalez (penyanyi), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus.

Harga tiket untuk dua konsert ini ialah RM268 dan RM148 yang sudah mula dijual. Pembelian dibuat secara dalam talian dan secara fizikal di kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat