‘Tolonglah cabar saya dengan pelbagai watak’ – Taufiq Hanafi

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon Taufiq Hanafi, 31, menyifatkan bayaran lakonan bukan perkara utama baginya kerana paling penting adalah tawaran yang konsisten untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan.

Taufiq yang sebelum ini dikenali menerusi filem Ola Bola dan Paskal berkata, dia juga mahu penerbit dan pengarah tidak berfikiran ‘stereotype’ yang lebih melihat dirinya sesuai untuk watak lasak dan aksi saja.

“Saya harap dapat lebih peluang daripada penerbit dan pengarah untuk melakonkan apa saja watak yang tidak hanya aksi atau lasak semata-mata. Saya sedia mencuba pelbagai watak dan berilah saya cabaran itu.

“Ini kerana saya sering mendapat alasan tiada watak sesuai dan lasak kerana mereka (penerbit/pengarah) tidak membuat karya aksi. Takkanlah sebagai pelakon, itu saja yang boleh saya buat (berlakon aksi),” katanya.

Mengakui kecewa dengan tanggapan sebegitu, Taufiq berkata, walaupun dia tidak ‘demand’ bayaran kerana apa diperoleh setakat ini berbaloi, namun situasi utama dihadapi ialah kekangan watak.

“Tolonglah cabar saya, kalau tak beri peluang bagaimana saya nak buktikan boleh berlakon watak lain juga. Saya hanya mahu kekal konsisten dalam industri dan bakat lakonan dipelbagaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Taufiq juga menangguhkan perkahwinannya ke tahun depan kerana dia dan bakal isteri mahu menstabilkan kewangan dahulu.

Taufiq bertunang dengan wanita pilihannya, Farah Azrina pada 20 Februari lalu selepas mereka saling berkongsi minat dengan permainan PUBG yang menjadi titik permulaan perkenalan mereka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat