Netizen Lancar Petisyen, Desak Kit Siang Tunai Janji Untuk Bersara

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Marah dengan tindakan pembangkang yang saban hari cuba mewujudkan sentimen kebencian, sekumpulan netizen melancarkan petisyen bagi mendesak Lim Kit Siang menunaikan janjinya untuk bersara dari politik.

Melalui laman web https://tinyurl.com/Unclebersara para netizen diminta menandatangani petisyen dalam talian sebagai tanda sokongan terhadap desakan tersebut.

Perkara itu turut dibangkitkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebentar tadi.

“Macam-macam gelagat para netizens. Hari ini, Kit Siang buat posting minta netizens sign petisyen untuk tuntut parlimen berlangsung dua minggu.

“Tapi netizens balas dengan petisyen tuntut Uncle tunaikan janji untuk bersara pulak,” tulis Najib melalui laman Facebooknya.

Ketika berita ini ditulis, lebih 5,700 ribu telah menandatangani petisyen itu di Change.org yang baharu dilancar petang tadi.

Petisyen tersebut antara lainnya berkata sekiranya Kit Siang masih mempunyai integriti, beliau harus menunaikan janjinya untuk bersara dari pentas politik negara.

Mereka turut mendakwa rakyat di negara ini sudah jelik dengan pemimpin politik yang suka menabur janji kosong sesuka hati.

Tahun lalu, veteran DAP itu berkata sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 saya tidak akan bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil Sandakan.

Sementara itu Mahathir dilaporkan pernah berkata Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri kerana rakyat tidak menyokong pemimpin dari PKR itu.

“Anwar ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi (Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Mac lalu, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat