Tegas kekang kemaraan China, segerakan Pangkalan Tentera Laut di Bintulu -Ali Biju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pangkalan Tentera Laut di Bintulu digesa segera dibangunkan dengan dilengkapi sistem pertahanan laut yang canggih dan kapal moden bagi memastikan kesiapsiagaan tentera laut.

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju berkata, ini amatlah penting untuk menjaga kepentingan dan hak negara di perairan Malaysia dan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) di Laut China Selatan.

Jelas beliau, kawasan tersebut mempunyai potensi kekayaan sumber asli seperti petroleum yang amat besar.

“Oleh yang demikian , rancangan untuk membangunkan pangkalan tentera laut di Bintulu, Sarawak hendaklah dilaksanakan dengan seberapa segera.

“Pangkalan tentera laut ini nanti mestilah dilengkapkan dengan sistem pertahanan laut yang canggih dan kapal yang moden untuk memastikan kesiapsagaan tentera laut kita,” katanya.

Jelas Ali, pada masa sekarang, banyak pelantar minyak negara beroperasi di kawasan itu, di samping usaha-usaha mencari gali yang semakin giat dilakukan.

“Malaysia mesti mempertahankan kuasa haknya untuk meneroka, menjaga, mentadbir di kawasan ZEE selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 mengenai undang-undang laut.

“Adalah amat mengecewakan apabila sering berlaku pencerobohan oleh kuasa luar yang besar terhadap ZEE Malaysia,” tegas beliau lagi.

Malahan kata Ali, sering dilaporkan bahawa kadang-kadang kapal peronda pantai dari China yang besar berlabuh lama bersebelahan dengan pelantar minyak kita yang sedang beroperasi.

“Ada juga jaraknya amat dekat, lebih kurang 500 meter sahaja.

“Sememangnya pekerja-pekerja pelantar minyak terasa di intimidasi oleh kapal asing yang besar ini. Baru-baru ini dilaporkan empat buah kapal China dan tiga daripadanya adalah kapal Military Maritime China menceroboh masuk ZEE Malaysia sejak 21 Jun yang lalu dan TLDM sedang memantaukah kehadiran kapal asing tersebut?

“Kawasan tersebut adalah dikenali sebagai Beting Patinggi Ali, terletak di dalam ZEE Malaysia akan tetapi dituntut oleh China melalui nine-dash line ataupun sembilan garis putus yang tidak diiktiraf oleh mana- mana negara di rantau Asia,” ujar beliau.

Kata Ali, China juga didapati telah meletakkan kawasan tersebut di dalam peta standard edisi tahun 2023 negara itu.

“Mana mungkin sebuah negara yang terletak beribu-ribu batu jauhnya ada hak menuntut kawasan ZEE di Malaysia.

“Oleh itu saya menyeru Kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas membantah tindakan China itu dan protes tidak mengakui sembilan garis putus China tersebut secara berterusan,” kata Ali.

Tegas Ahli Parlimen Saratok itu lagi, Malaysia tidak boleh berdiam diri atau bertindak balas hanya jika ada isu timbul.

“Negara lain di Asia seperti Filipina, Vietnam, Indonesia telah menunjukkan ketegasan mereka menjaga ZEE mereka daripada dicerobohi oleh China.

“Malaysia juga mesti tegas seperti mereka. Tidak boleh memberi mesej kelabu, tidak jelas seperti Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar) sebut mengatakan Malaysia boleh runding. Tindakan China itu menceroboh, bukan datang untuk berunding dan mereka menuntut.

“Untuk menegaskan pendirian Malaysia amatlah memerlukan aset TLDM yang baharu terutama Littoral Combat Ship (LCS). Oleh sebab itulah isu kelewatan pembinaan LCS ini menjejaskan keselamatan negara kita sebenarnya.

“Sesiapa yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pun begitu, Ali berkata beliau menyambut baik apa-apa langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia menjaga keselamatan dan kedaulatan demi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat