Puad saksi hidup ucapan Anwar dapat tepukan gemuruh di PBB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai “pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia.

Dakwaan Puad ini susulan, kenyataan Sanusi yang mendakwa rakyat Malaysia patut malu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ucapannya di pentas PBB mendapat sambutan hambar daripada komuniti antarabangsa.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan bahawa beliau adalah saksi hidup yang berada dalam Dewan Persidangan Utama PBB di New York dan menyaksikan ucapan Anwar mendapat tepukan gemuruh pemimpin dunia yang hadir.

“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Sanusi mengenai ucapan Anwar Ibrahim di UNGA ke 78 di New York.

“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar. Bahkan saya hadir tiga hari berturut turut (Selasa hingga Khamis) mendengar ucapan ketua ketua negara lain sebelum Anwar berucap pada hari Jumaat.

“Perdana Menteri diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan 15 minit itu. Mukadimah sahaja dapat tepukan gemuruh bila PMX sentuh perang Russia-Ukraine yang beri kesan buruk kepada global,” jelas Puad menerangkan situasi sebenar.

Tegas beliau, ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat al-Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan makah ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan daripada perwakilan.

“Perdana Menteri New Zealand beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar.

“Dalam 15 minit itu PMX sentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baru,” katanya.

Justeru katanya,ternyata Sanusi kaki fitnah apatah lagi guna gambar gambar tanpa usul periksa.

“Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan.

“Sanusi Menteri Besar. Oleh kerana saya saksi hidup maka dia wajar digelar “pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia,” tegasnya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat