Kerajaan Perpaduan masih dilabel zalim konon tak bagi peruntukan cukup kepada negeri pembangkang – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan sesetengah pihak yang melabel Kerajaan Perpaduan sebagai zalim dengan dakwaan tidak memberikan peruntukan secukupnya kepada negeri khususnya ditadbir oleh pembangkang.

Beliau berkata, serangan secara semberono tanpa fakta itu adalah cubaan untuk menafikan usaha Kerajaan Perpaduan atas dasar perbezaan politik semata-mata.

Anwar berkata, beliau memahami sekiranya kritikan dibuat atas dasar usaha tersebut masih belum mencukupi namun sekiranya mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa itu adalah satu penipuan.

“Kita masih dengar lagi beberapa kerajaan negeri (kata kerajaan) terutama Perdana Menteri ini zalim kerana tidak beri peruntukan kepada negeri. Inilah yang kita dengar mantra dia.

“Padahal saya dah baca di sini tambahan daripada tahun-tahun sebelumnya, untuk Kedah tahun 2025, peruntukan RM2.13 billion, Kelantan RM3.12 bilion. Bukan kerana saya baik dengan kerajaan Kelantan, tapi kerana tebatan banjir itu kos tinggi,.

“Terengganu RM1.84 bilion. Walaupun hujah mereka ialah sumbangan negeri kepada negara tinggi. Tak benar. Tapi saya hendak tunjukkan bahawa sumbangan ini jauh lebih besar daripada yang pernah diluluskan sebelumnya.

“Perlis RM0.61 bilion dan yang dilakukan termasuklah projek perindustrian Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Negara pada Isnin lapor Utusan.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menegur kritikan terhadap pelaksanaan projek baharu seperti LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang dikatakan menelan belanja terlalu besar sehingga mengakibatkan pembaziran.

“Tapi mereka lupa bahawa projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) itu menelan belanja yang sangat tinggi, jauh lebih besar daripada mana-mana projek yang kita umumkan sebelum atau kemudiannya,” katanya.

Beliau juga menegur beberapa kritikan tidak berasas membabitkan pertanian di Kedah dengan memaklumkan bahawa sebanyak RM1 billion diperuntukan bagi merealisasikan hasrat penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Kedah.

“Di Kedah peruntukan awal RM1 bilion. Tapi kadang-kadang mereka tak lihat yang itu. Terima kasih jangan sekali. Tapi kadang-kadang kata tidak ada. Saya pun tak faham. Saya pergi tengok projek itu dalam proses. Peringkat pertama sudah selesai.

“Tebatan banjir di Kelantan, di sekitar Kota Bharu, sudah tamat. Sekarang dikembangkan, termasuk isu-isu yang yang membebankan rakyat Kelantan dari segi banjir kerana isu limpahan dari Sungai Golok yang tidak mampu dikorek kerana tanpa persetujuan di antara Malaysia dan Thailand.

“Kita sudah ke Thailand pun perundingan sekarang dipersetujui. Jadi saya tekankan hal-hal ini supaya ada perbincangan yang lebih terbuka dan sihat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat