DAP tak guna duit kerajaan buat program parti – Loke

KUALA LUMPUR – DAP tidak akan menggunakan dana kerajaan untuk membiayai sebarang program politik.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap sen daripada peruntukan kerajaan adalah hak rakyat dan mesti dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan pembangunan negara, bukannya kegiatan parti.

“Walaupun DAP kini berada dalam kerajaan, apabila kita anjurkan majlis makan malam, ia tetap mendapat sambutan daripada penyokong yang sanggup membeli tiket. Itu tanda sokongan mereka kepada perjuangan parti.

“…kerana kita sentiasa mengasingkan antara parti dan kerajaan. Sumber kerajaan dan dana kerajaan adalah untuk rakyat, kita tidak guna untuk parti.

“Parti seharusnya bergerak dengan kekuatan dan sokongan akar umbi,” katanya di Ipoh lapor Sinar Harian, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Pengarah Pilihan Raya DAP merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Dalam majlis tersebut turut dilancarkan tabung kutipan dana DAP Perak.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai misi jelas untuk memajukan ekonomi, memudahkan kehidupan rakyat serta memastikan masyarakat menikmati taraf hidup yang lebih baik.

“Ada banyak projek pembangunan yang masih perlu dilaksanakan. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada kepimpinan DAP dan Kerajaan Madani. Kita akan berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming menegaskan meskipun DAP kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, parti tetap perlu menguruskan dana sendiri tanpa bergantung kepada sumber kerajaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat