JPDP Siasat Dakwaan Data Pengundi Dari SPR Diguna Untuk Program INSAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menyiasat dakwaan berkait data pengundi diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digunakan kegunaan pelaksanaan polisi Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara itu berkata, bagaimanapun siasatan berkenaan akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan, bergantung pada faktor dan kes.

“Saya tidak boleh bercakap terlalu panjang mengenai perkara ini kerana saya difahamkan, pihak JPDP sedang melakukan siasatan lanjut.

“Jadi, saya tidak boleh sebut lebih daripada itu sehingga siasatan selesai. Mana-mana insiden yang berlaku sekiranya pihak JPDP mengesan kemungkinan berlaku apa-apa aspek membabitkan data peribadi, maka mereka ada kuasa untuk menyiasat.

“Disebabkan isu ini dalam siasatan, jadi saya tidak boleh komen lebih daripada itu. Kita tunggu (kemas kini) daripada JPDP yang menjadi jabatan semakin penting, khususnya untuk memastikan keselamatan dan perlindungan data kita, terutama membabitkan data peribadi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen #JagaDataKita dan MyCyberShield, di sini, hari ini.

Pada Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menafikan dakwaan bahawa maklumat peribadi dalam rekod SPR disalahgunakan oleh kerajaan negeri dan diserahkan kepada syarikat insurans untuk tujuan program INSAN.

Ia susulan tular dalam media sosial tuduhan berlaku kebocoran data peribadi pengundi Selangor apabila terdapat dakwaan bahawa ada ahli keluarga didaftarkan sebagai penerima skim INSAN walaupun sudah meninggal dunia.

Ditanya sama ada data pengundi daripada SPR boleh digunakan untuk tujuan komersial pula, Fahmi memaklumkan setakat pengetahuannya, tiada had penggunaan bagi data terbabit, bahkan data SPR boleh diperoleh oleh sesiapa saja.

“Sama ada boleh digunakan untuk tujuan lain, kita kena rujuk SPR kerana seingat saya, ketika belum menjadi Ahli Parlimen, sebagai rakyat awam… saya boleh membeli data. Saya membelinya untuk kerja politik kerana nak bertanding di Lembah Pantai dan sebagainya.

“Maklumat ini memang boleh diperoleh dan pada masa sama, kalau kita lihat, mana-mana organisasi dari semasa ke semasa akan pertimbang untuk menambah baik bentuk maklumat yang boleh diakses oleh umum.

“Namun selepas isu keselamatan data peribadi dibangkitkan, sama ada perkara ini akan diubah SPR selepas ini atau mempertimbang apa-apa tindakan lanjut… itu terserah kepada SPR,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat