Ismail Sabri mengorak langkah stabilkan politik negara

- Advertisement -

Dalam keadaan semua mata tertumpu kepada pembentukan kabinet,  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil langkah luar biasa mengadakan pertemuan bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) di pejabatnya di Putrajaya petang tadi.

Langkah ini tersebut mengjutkan kerana beberapa hari lalu Ismail Sabri mengumumkan pembentukan kabinet baharu tidak membabitkan kerajaan perpaduan yang mempunyai wakil pembangkang. Namun untuk berlaku adil juga, Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri telah pun menawarkan kerjasama dengan pembangkang dalam membangunkan negara ini.

Menariknya pertemuan petang tadi kerana ia membabitkan tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mereka mewakili blok 88 ahli parlimen atau ahli Dewan Rakyat. Angka ini sangat signifikan dalam menstabilkan politik negara kerana Ismail hanya mewakili 114 ahli Parlimen.

Kelebihan tiga kerusi Ismail dari garis majoriti dewan rakyat  sangat membimbangkan dan meletakkan pentadbirannya terdedah kepada ancaman penarikan sokongan bagi menjatuhkan kerajaan.

Langkah Ismail Sabri

Pertemuan yang dibuat oleh Ismail Sabri ini seiring dengan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik dalam negara.

Berdasarkan maklum balas pemimpin Pakatan Harapan, jelas pertemuan lebih satu jam di Pejabat Perdana Menteri itu bukan sahaja akan membentuk keharmonian politik itu  tetapi juga menstabilkan kerajaan buat sementara waktu.

Anwar ketika ditanya pemberita kemudiannya memberi jaminan akan menyokong usul undi percaya terhadap Ismail Sabri di Dewan Rakyat nanti.

“Kita beritahu kalau suasana begini dan program-program itu agak pro rakyat kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya). Aman politiknya,” ujar Anwar.

Ismail Sabri dipercayai telah  Confidence Supply Agreement (CSA) bagi membolehkan kerajaan ini meneruskan usaha menangani ancaman pandemik, membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan dan mendapat kelulusan belanjawan 2022.

Walaupun tidak jelas apa butiran CSA tersebut, namun kenyataan bersama Perdana Menteri dan empat pemimpin parti politik pembangkang kemudiannya menyebut persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Selain itu mereka bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘Keluarga Malaysia.

Komitmen blok Anwar untuk menyokong usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri ini telah mengurangkan tekanan terhadap Ismail dalam menamakan barisan kabinetnya  minggu ini.

Kini mana-mana fraksi yang tidak berpuas hati dengan kabinet Ismail nanti mungkin tidak lagi mempunyai kuasa rundingan yang terlalu besar sehingga boleh menjatuhkan kerajaan dalam masa terdekat.

Walaupun komitmen dan CSA pembangkang boleh ditamatkan pada bila-bila masa, namun buat sementara waktu Ismail telah memberi isyarat bahawa sebarang keputusan beliau tidak mudah dipengaruhi dengan ugutan menarik diri seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan 15 Umno sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat