Pertemuan PM dan PH membawa semangat Yang di-Pertuan Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) bertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik.

Selain itu, ia bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Dalam kenyataan bersama Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘Keluarga Malaysia’,” kata mereka dalam kenyataan bersama itu pada Rabu.

Menurut mereka keharmonian politik itu digarap bersandarkan menjunjung kasih di atas nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meredakan suhu politik dalam negara.

“Perdana Menteri telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi merealisasikan titah hasrat Baginda Tuanku,” katanya.

Pertemuan lebih satu jam itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat