BN-PN bukan kapal Titanic tapi ‘bahtera Nuh’ yang menyelamatkan dari ancaman ‘banjir penindas dan penipu’ – Pas

SEREMBAN – Penyatuan ummah yang dijayakan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bukannya kapal Titanic seperti yang digambarkan oleh pemimpin DAP Hannah Yeoh.

Sebaliknya, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari kapal yang kemudi bersama BN-PN ini ibarat ‘bahtera Nuh’ yang menyelamatkan dari ancaman ‘banjir penindas dan penipu’.

“Penyatuan ummah bukannya kapal Titanic. Ia adalah umpama ‘bahtera Nuh’ yang menyelamatkan dari ancaman ‘banjir penindas dan penipu’.

“Sesiapa naik ke atasnya akan selamat, yang enggan akan mati kelemasan,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada Jumaat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yakin kerjasama BN dan PN tidak akan kekal lama kerana dibayangi pengkhianatan dan tidak setia sebagai politik persahabatan.

Ahli Parlimen Segambut itu mendakwa, masing-masing BN-PN bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan akan memijak satu sama lain untuk naik ke atas.

“Saya ingatkan kepada mereka yang hadir supaya tidak risau atau teruja melihat kerjasama antara BN dan PN. Kerjasama itu tidak akan kekal lama kerana ianya dibayangi dengan pengkhianatan dan mereka yang tidak setia kepada sebuah politik persahabatan.

“Saya bandingkan kerjasama mereka seperti kapal dalam filem Titanic yang akan karam bila-bila masa sahaja.

“Mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun karam akhirnya akibat melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di depan,” dakwa Hannah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat