Rumah Putih ‘jual’ dakwaan konon Obama mahu rampas kuasa Trump

WASHINGTON – Rumah Putih ‘berusaha sedaya-upaya menjual’ dakwaan Barack Obama mengetuai satu konspirasi pengkhianatan terhadap Presiden Donald Trump.

Tindakan itu dilakukan sebagai usaha mengalihkan perhatian umum daripada kekecohan berhubung cara pentadbiran Trump menangani kes pesalah seksual, Jeffrey Epstein.

Ketua perisikan Trump, Tulsi Gabbard, dalam satu sidang media di Rumah Putih, mendakwa berlaku satu ‘rampasan kuasa selama bertahun-tahun’ oleh Obama.

Naratif luar biasa ini sebenarnya mengulangi hujah lama Trump mengenai siasatan terhadap percubaan berulang kali oleh Russia untuk mengganggu pilihan raya 2016, yang menyaksikan beliau menewaskan Hillary Clinton.

Gabbard memetik maklumat risikan yang baru dinyahklasifikasi yang dikatakan sebagai bukti tak dapat disangkal menunjukkan Obama mengarahkan penilaian risikan dimanipulasi untuk menuduh Russia campur tangan dalam pilihan raya bagi membantu Trump.

Jabatan Kehakiman mengumumkan pembentukan satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan itu secara maksimum.

Namun, dapatan Gabbard bercanggah dengan empat siasatan berasingan termasuk siasatan jenayah, risikan balas dan audit bebas antara 2019 hingga 2023 yang kesemuanya menyimpulkan

Russia memang campur tangan dan, dalam pelbagai cara, membantu Trump.

Sebagai satu cara untuk mengalihkan perhatian daripada spekulasi yang semakin memuncak mengenai pengendalian Trump dalam kes terhadap Epstein adalah dengan mengaitkan Obama.

Wartawan Rumah Putih dalam sidang media itu hampir tidak bertanya tentang Epstein, sebaliknya memberi tumpuan kepada dakwaan Gabbard, dan Fox News mempromosikan cerita mengenai

Obama itu secara meluas kepada penonton sayap kanan mereka.

Namun begitu, skandal Epstein kembali tular dengan cepat, menunjukkan betapa sukarnya bagi Trump, yang kini berusia 79 tahun, untuk mengekalkan penguasaannya dalam menentukan naratif berita walaupun dalam kalangan penyokong setia.

Epstein merupakan seorang ahli kewangan dan kenalan rapat ramai tokoh terkenal termasuk Trump selama bertahun-tahun.

Beliau disabitkan dengan jenayah seksual dan dipenjarakan sementara menunggu perbica­raan atas tuduhan memperdagangkan gadis bawah umur sebelum ditemukan mati dalam penjara.

Selepas Trump kembali berkuasa untuk penggal kedua pada Januari lalu, pentadbirannya berjanji akan mendedahkan fail-fail kes Epstein.

Namun apabila Peguam Negara AS, Pam Bondi, mengumumkan pada 7 Julai tiada apa yang boleh didedahkan menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati dan Trump sejak itu berusaha mengawal skandal berkenaan, lapor Utusan.

Keadaan menjadi lebih rumit selepas Wall Street Journal melaporkan Trump pernah menulis surat hari jadi berbaur lucah kepada Epstein pada tahun 2003. Trump menafikannya dan menyaman agensi berita tersebut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat