Tujuh Inisiatif Tambah Baik Perkhidmatan LRT Kelana Jaya – Wee Ka Siong

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata peruntukan RM450 juta untuk inisiatif penambahbaikan adalah untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan penumpang ekoran insiden perlanggaran tren LRT dalam terowong laluan Kelana Jaya pada 24 Mei tahun lalu.

“Daripada RM450 juta, sebanyak 80 peratus atau RM350 juta adalah untuk sistem pengesanan tren elektronik ‘time-out’ dan tren boleh dikesan dari jauh. Laluan Kelana Jaya menggunakan sistem lama dan ia adalah perkara utama diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kemajuan pelaksanaan 23 inisiatif penambahbaikan untuk laluan Kelana Jaya oleh Prasarana Malaysia Bhd, di sini hari ini.

Selain itu, inisiatif jangka panjang juga melibatkan antaranya kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan pengawal pusat kawalan operasi (OCC dan hostler);

Melaksanakan kajian dan penilaian RAMS (kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan dan keselamatan) ke atas sistem tren dan aset Prasarana dan Rapid Rail serta memperkenalkan ‘hot button’ untuk mempermudahkan kawalan OCC ke atas tren semasa situasi kritikal.

Wee berkata daripada 23 inisiatif itu, sebanyak 16 inisiatif jangka pendek dan sederhana telah disiapkan sepenuhnya malah tiga lagi langkah penambahbaikan telah dilaksanakan.

Ia membabitkan pemasangan kamera litar tertutup di dalam OCC yang siap pada Julai 2021, meningkatkan tahap boleh lihat penanda sektor landasan dan pemasangan papan tanda di dalam terowong yang siap pada November 2021 dan menaik taraf sistem komunikasi radio kepada digital sepenuhnya yang akan bermula pada suku keempat tahun ini.

Insiden perlanggaran LRT Kelana Jaya berlaku pada 24 Mei tahun lalu apabila dua tren LRT bertembung di laluan Kelana Jaya di antara Stesen LRT Kampung Baru dengan Stesen LRT KLCC.

Kemalangan itu mengakibatkan 213 orang penumpang cedera, termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.

Kejadian itu adalah kemalangan pertama berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat