Syarikat Jepun Minat Melabur Di Malaysia- PM

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu empat syarikat yang tersenarai di Bursa Jepun iaitu Topcon Corporation, Riken Keiki Co Ltd, Nakabayashi Co Ltd, Koike-ya Inc telah menunjukkan komitmen untuk mengembangkan pelaburan di Malaysia.

Untuk makluman, Malaysia merupakan hab Topcon Corporation bagi mengawal operasi di rantau Asia.

Dalam lawatan rasminya ke negara matahari terbit itu, Ismail Sabri berkata, menyentuh program yang disertainya semalam, beliau telah bertemu dengan wakil-wakil pengurusan tertinggi dari 14 syarikat dari negara Jepun yang berpangkalan di Itabashi.

“Menariknya, syarikat-syarikat yang terlibat datang dari pelbagai sektor terutamanya berteknologi tinggi, makanan, jentera, perkhidmatan kesihatan serta teknologi baru.

“Saya harap, sesi ekonomi bersama para pelabur seperti ini akan memperkukuh hubungan dagang Malaysia-Jepun seterusnya membuka peluang pekerjaan lebih banyak untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, hubungan Malaysia dan Jepun terjalin sejak sekian lamanya.

“Negara Jepun juga meletakkan kepercayaan kepada Malaysia yang boleh terlihat dalam kenaikan potensi pelabur.