Lebih 100 Rumah Di Sekinchan Terjejas Banjir

- Advertisement -

SABAK BERNAM – Hujan lebat dan air pasang besar mengakibatkan lebih 100 rumah di sekitar Sekinchan di sini, dilanda banjir hari ini.

Kawasan itu antaranya melibatkan Kampung Penerangan dan pekan Sekinchan yang dinaiki air setinggi lebih 0.5 meter.

Selain kediaman penduduk, beberapa jalan utama turut banjir namun keadaan terkawal dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai banjir kilat pada pukul 1.45 petang tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikerah dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati beberapa kawasan termasuk pekan Sekinchan dinaiki air dan dianggarkan melibatkan lebih 100 rumah.

“Namun, keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa setakat petang ini,” katanya ketika dihubung Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Norazam, banjir kilat itu berlaku akibat pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir lebih teruk di kawasan berkenaan.

Sementara itu, seorang pelajar lelaki cedera apabila terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan di sini, yang dilanda banjir kilat, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 19 tahun memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pukul 2.08 petang.

“Pemeriksaan mendapati pelajar berkenaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang corong peniup

“Ketika kejadian, kawasan Giat Mara itu dinaiki air setinggi 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat