Ramadan dan raya cetus 40 kluster agama – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menjadi punca peningkatan kes Covid-19 sekali gus mencetuskan pertambahan kluster keagamaan yang kini merekodkan sebanyak 40 kluster.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kes positif melibatkan kluster keagamaan dikesan susulan jangkitan baharu yang berlaku pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Setakat rekod semalam, sebanyak 40 kluster keagamaan dikesan dengan 19 kluster di Johor, 13 di Selangor dan lapan kluster melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan,” katanya memetik Utusan Online.

Dr Adham berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya mengesan 20 kluster baharu, iaitu lapan tempat kerja, enam komuniti, tiga keagamaan manakala pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan import, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster keagamaan iaitu Kluster Jalan Ehsan Jaya di Johor Bahru, Johor, 14 kes; Kluster Landai Permai di Cheras, Kuala Lumpur, 23 kes dan Kluster Taman Setia Jaya melibatkan Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, 47 kes,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat