7 Inisiatif Baharu Di Bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 – Annuar Musa

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 5.0 kepada golongan B40 dan miskin, khusus kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, KWP melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan saringan komuniti bersasar kepada 20,000 orang warga emas dan kumpulan rentan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara percuma bermula pertengahan Jun.

“67 Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan menerima suntikan vaksin percuma menerusi Trak Vaksin Bergerak (Mobile Vaccine Trucks) dengan melibatkan 3 trak MYMedic@Wilayah yang memanfaatkan kira -kira 20,000 warga emas dan kumpulan rentan”

“Sebanyak 7 juta diperuntukkan oleh KWP dan DBKL bagi membiayai program pemvaksinan tersebut. Seramai 900 orang disasarkan menerima vaksin pada setiap hari dengan melibatkan 3 lokasi tumpuan” ujarnya

“Pemvaksinan melalui kaedah ini dapat memastikan semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur divaksin sepenuhnya menjelang akhir tahun 2021”

Beliau menambah, golongan gelandangan juga tidak terkecuali untuk menerima vaksin bagi mereka yang telah menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 27 Mei 2021 ini.

Jelasnya, fasa pertama melibatkan seramai 119 gelandangan yang menghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Anjung Kelana Taman Desa dan Anjung Singgah.

Manakala bagi gelandangan seramai 132 orang yang telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 24 Mei akan divaksin secara berperingkat di Dewan Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai bantuan kepada pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan penutupan sekolah akibat Covid-19 pada tahun ini.

KWP dan Yayasan Wilayah Persekutuan akan memberikan ‘Kelas Digital SPM Mahir Tutor’ kepada semua calon SPM di Wilayah Persekutuan mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh tamat peperiksaan.
“Kesemua kelas pembelajaran SPM MAHIR Tutor ini telah direkodkan dalam (video on demand) yang membolehkan pelajar untuk mengaksesnya melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui live chat”

“Bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran secara atas talian, pilah DBKL akan melaksanakan pemasangan Wi-Fi percuma di semua lokasi terlibat” katanya

Bagi penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan juga turut diberi pengecualian bayaran bagi pembaharuan lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 menerusi Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (WBB) yang melibatkan kira-kira 4,510 peniaga berlesen di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Selain itu, bermula Julai 2021, KWP dengan kerjasana Jabatan Belia dan Sukan Negara menawarkan program latihan keusahawanan dibawah kelolaam INSKEN di beberapa lokasi perniagaan.

“Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) pula dijadikan ruang perniagaan harian dengan jumlah peniaga yang terhad khusus kepada belia di bawah program Usahawan Anak Muda Kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”

“50 petak perniagaan berukuran 8 kaki persegi dengan jarak 8 kaki di antara setiap gerai bakal beroperasi dalam masa terdekat” katanya.

Tambahnya lagi, DBKL melalui pasukan KL Watch melipatgandakan kerja-kerja pemantauan Pematuhan SOP dengan memperluaskan penguatkuasaan secara berterusan di Kawasan hot spot dan tumpuan ramai terutamanya pada hari cuti umum dan kelepasan am bagi memastikan semua warga mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat