Bundesliga: Bermain Tanpa Penonton, RB Leipzig Belasah Mainz 5-0

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

3,306 Kes Baru Covid-19, Empat Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 161,740. Ketua Pengarah Kesihatan,...

BERLIN: Penyerang Timo Werner meledak hatrik ketika RB Leipzig membelasah Mainz 5-0 untuk kembali ke tangga ketiga Bundesliga dan menghidupkan impian memburu kejuaraan.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann kini tujuh mata di belakang pendahulu Bayern Munich menjelang pertemuan juara bertahan itu dengan pesaing di tangga kedua Borussia Dortmund esok.

Leipzig bangkit daripada keputusan seri menentang Freiburg hujung minggu lalu, dengan Werner, 24, kini hanya ketinggalan tiga gol di belakang penjaring terbanyak Robert Lewandowski dari Bayern.

Werner, yang dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi Eropah, sudah meledak 24 gol Bundesliga musim ini termasuk dua hatrik.

Lewandowski menjaringkan gol liga ke-27 musim ini ketika kemenangan 5-2 Bayerrn ke atas Eintracht Frankfurt pada Sabtu.

Kemenangan Leipzig adalah kemenangan ke-10 oleh pasukan pelawat dalam 18 perlawanan Bundesliga sejak ia disambung semula dalam stadium tertutup.

“Kami mampu menjaringkan lebih banyak gol, tetapi kami berpuas hati, kami amat gembira,” kata pengarah sukan Leipzig Markus Kroesche.

Werner membuka jaringan pada minit ke-11, sebelum Yussuf Poulsen menanduk masuk hantaran Marcel Sabitzer pada minit ke-23.

Poulsen kemudian mengumpan kepada Sabitzer untuk gol ketiga sebelum rehat.

Werner menambah jaringan tiga minit selepas perlawanan bersambung, dan dia menyempurnakan hatrik 15 minit sebelum tamat permainan.

Sementara itu Augsburg turut merakam kemenangan selesa 3-0 di Schalke. – Berita Harian.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Lampard Rancang Had Sambutan Gol

LONDON: Frank Lampard mendedahkan dia akan memberitahu bintang Chelsea supaya tidak meraikan jaringan dalam latihan selepas wujud kebimbangan berpelukan dalam kumpulan boleh menyebarkan COVID-19. Ketua...

Terbuka Thailand : Daren Kecewakan Pemain Nombor Tiga Dunia

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan Liew Daren melakukan kejutan terbesarnya di Terbuka Thailand, apabila menewaskan pemain nombor tiga dunia Andes Antonsen dari Denmark pada...

Ujian Rasmi Musim Sejuk MotoGP Di Sepang Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Ujian rasmi musim sejuk Kejohanan Dunia MotoGP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 19 hingga 21 Feb depan...