Covid-19 Bunuh Lebih Ramai Lelaki Tapi Lockdown, Jejas Ramai Wanita

- Advertisement -

LONDON: Kematian akibat Coronavirus lebih tinggi dikalangan kaum lelaki tapi perintah berkurung (Lockdown) Lebih membebankan kaum wanita.

Dari peningkatan laporan mengenai keganasan rumah tangga, bekalan ubat kawalan kehamilan yang terhad, sehingga kepada kesan ekonomi, kaum wanita sangat terjejas dari segi hak asas mereka berbanding lelaki, berikutan perlaksanaan lockdown.

Bukan dalam pandemik ini sahaja, dalam epidemik seperti Ebola dan Zika juga, kaum wanita adalah yang paling terjejas di wilayah dimana wabak itu berlaku.

Pakar dan aktivis wanita berkata, perkara ini sedang berlaku di seluruh dunia sekarang.

Analisa yang dibuat CNN di negara yang mengumpul data berkaitan menunjukkan, 50% lelaki yang dijangkiti dengan Covid-19, mempunyai 50% kemungkinan tidak selamat, berbanding wanita.

Tapi pakar memberi amaran, memfokuskan kepada data kesihatan semata mata adalah berbahaya.

Julia Smith, pengkaji dari Universiti Simon Fraser Kanada berkata, “kami fikir kajian ini dalam tempoh yg sempit hanya memfokus kepada data kesihatan tapi kami terlepas gambaran yang lebih besar”. Beliau terlibat dalam beberapa projek yang menumpu kepada kesan epidemik yang lebih luas.

“Lelaki lebih teruk dari segi impak kesihatan bila mereka dijangkiti tetapi dari segi lain, wanita sebenarnya lebih terjejas”, tambah beliau lagi.

Malangnya masalah ini jarang diberi perhatian kerana semua pihak hanya fokus kepada data kesihatan semata-mata -CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat