Ahmad Maslan Ketuai Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah (Termasuk Baca Khutbah)

- Advertisement -

PONTIAN: Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan solat sunat Aidilfitri di adakan di masjid dalam bilangan jemaah yang ramai seperti biasa, banyak keluarga memilih untuk mengadakan ibadah tersebut di rumah semalam.

Tidak terkecuali dari melakukan perkara ini ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang melakukan ibadah berkenaan di rumah, bersama ahli keluarga terdekat yang lain.

Beliau yang juga ahli parlimen Pontian berkongsi gambar-gambar sedang mengadakan solat sunat Aidilfitri di akaun Twitternya.

Kata Datuk Seri Ahmad, “Imamkan solat sunat #AidilFitri

“Baca khutbah di hadapan keluarga yg disayangi di rumah pagi #Raya 1 #Syawal ini

“Antara pesanan ialah jaga keselamatan kesihatan agar perang #Covid19 akan kita menangi

“Juga terus bantu perjuangan agama Allah yg mulia agar Allah bantu kita semua”.

Sebelum ini Ahmad Maslan lebih dikenali kerana berkongsi kebolehannya berpantun dan memasak (selain isu-isu politik) di akaun Twitternya.

Tindakan beliau ini patut dipuji kerana selain menyokong usaha kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19, ia juga memupuk nilai-nilai mulia dalam keluarga.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat