Pemuda Umno perjuangkan wajib bertutur bahasa Melayu, syarat iktiraf warganegara Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno memuji tindakan berani pegawai imigresen yang menghalang seorang individu yang tidak mampu berbahasa melayu daripada memperbaharui pasport.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menjelaskan pujian itu susulan tindakan tegas pegawai imigresen ini telah banyak menyedarkan realiti yang berlaku di Malaysia ini walaupun tiada peruntukan undang-undang untuk mewajibkan mana- mana warganegara perlu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat untuk membuat pasport .

Tetapi katanya, tindakan daripada pegawai imigresen itu perlu dipuji tambahan pula dengan kebanjiran warga negara asing ke negara kita ini makin bertambah mereka perlu memastikan kesahihan hanya warganegara Malaysia sahaja yang benar-benar layak untuk membuat pasport.

“Rentetan dari isu ini Pemuda Umno menggesa agar pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang boleh membawa satu usul ke persidangan Parlimen untuk mengubal undang-undang agar antara syarat wajib untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia mestilah wajib untuk bertutur di dalam bahasa Melayu.

“Jika warga Bangladesh yang datang ke Malaysia boleh bertutur di dalam bahasa Melayu,apa ertinya kita yang mengaku warganegara tetapi masih tidak mampu bertutur dalam bahasa Melayu,” bidas Exco Melaka itu.

Tegas Akmal, Pemuda Umno akan menggunakan pelbagai saluran untuk memastikan usul ini dapat dibawa seterusnya dijadikan satu undang-undang di dalam negara kita ini.

Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan bahawa kakitangannya enggan memperbaharui pasport seorang wanita warga tempatan yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Dakwaan berkenaan tular di media sosial Facebook sejak Sabtu lalu, menerusi hantaran lelaki yang dipercayai anak kepada wanita terbabit, selepas mereka mendapatkan perkhidmatan itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Menerusi hantaran berkenaan, lelaki terbabit mendakwa membawa ibu dan bapanya ke kaunter JIM itu bagi urusan pembaharuan pasport namun urusan bapanya tidak mempunyai masalah.

Bagaimanapun, kakitangan JIM di kaunter terbabit enggan memperbaharui dokumen ibunya berikutan hanya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.

Lelaki berkenaan turut menerangkan bahawa ibunya tidak tahu bertutur dalam bahasa bahasa Melayu kerana tidak mempunyai wang bagi mendapatkan pendidikan namun kakitangan terbabit bertegas meminta ibunya datang semula pada hari lain bagi berjumpa dengan pegawai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat