Singapura arah Kedutaan Israel padam hantaran di Facebook, bimbang jejas keharmonian

- Advertisement -

SINGAPURA – Kerajaan Singapura mengarahkan kedutaan Israel di negara itu supaya memadam satu hantaran Facebook, mengandungi dakwaan membandingkan sebutan Israel dan Palestin dalam al-Quran.

The Straits Times melaporkan, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam memberitahu beliau “sangat kecewa” apabila mengetahui mengenai hantaran itu.

Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri memaklumkan Kementerian Ehwal Luar, yang kemudian mengarahkan kedutaan Israel supaya hantaran itu diturunkan dengan segera.

“Hantaran itu salah pada banyak peringkat. Pertama, ia tidak sensitif dan tidak wajar. Ia membawa risiko dalam menjejas keselamatan dan keharmonian kita di Singapura.

“Kami menjaga keselamatan semua di Singapura, kaum majoriti dan minoriti, termasuk penganut Yahudi dan orang Islam,” katanya.

Katanya, hantaran itu “mencetuskan ketegangan dan meletakkan masyarakat Yahudi dalam keadaan berisiko”.

“Kemarahan yang tercetus daripada hantaran itu berpotensi melimpah ke (perhubungan) fizikal,” katanya.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri meminta supaya hantaran itu dipadam dan menekankan pandangannya dengan jelas kepada kedutaan Israel memandangkan ia tidak boleh diterima dari segi perspektif keselamatan di Singapura.

“Kedua, salah untuk merujuk kepada teks agama secara tertentu sahaja bagi membuat pendirian politik.

“Lebih-lebih lagi, dalam keadaan sekarang ini, bagi kedutaan Israel untuk menggunakan al-Quran bagi tujuan ini. Kami mengarahkan mereka supaya memadamnya kerana potensi kesan yang mungkin timbul bagi masyarakat majmuk di Singapura,” katanya.

Beliau menambah kedutaan itu boleh mengeluarkan kenyataan bahawa pemerintah tidak bersetuju, tetapi pemerintah secara dasarnya tidak campur tangan kerana kedutaan mewakili negara yang berdaulat.

“Mereka mempunyai autonomi, tetapi di mana ia menjejas keselamatan dan keamanan rakyat di Singapura, keamanan dan keharmonian yang kita nikmati, kami ambil tindakan dan kami akan campur tangan,” tegas menteri itu.

Dalam kenyataan yang berasingan kepada media, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pula berkata: “Ia adalah sangat tidak wajar untuk merujuk kepada teks suci untuk membuat pendirian politik. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat