Bank Rakyat santuni golongan asnaf

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SUNGAI BULOH – Sumbangan daripada organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan berkata demikian ketika menghadiri program Jangkauan Komuniti : Penyerahan Sumbangan Tulus Ikhlas di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh di sini pada Sabtu.

“Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif ini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsan terhadap kesejahteraan golongan asnaf sejajar dengan nilai Malaysia Madani,” katanya.

Menurutnya lagi, sumbangan itu amat bermakna buat mereka kerana dapat meringankan beban kewangan dalam menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat, pihaknya terus komited menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, sumbangan yang dihulurkan ini adalah berlandaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam serta komitmen pihaknya untuk terus membantu golongan yang memerlukan termasuk golongan asnaf.

“Tanggungjawab Bank Rakyat terhadap golongan asnaf tidak pernah berbelah bahagi, malah menjadi agenda utama dalam misi bantuan yang diusahakan bagi meringankan bebanan dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Semoga inisiatif ini secara tidak langsung memberi kesedaran agar kita sentiasa mengambil berat tentang keresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain seterusnya membentuk kesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu yang lemah terus disantuni,” kata.

Menerusi satu kenyataannya, Bank Rakyat berkata sebanyak RM 30,000, bantuan berupa kelengkapan sekolah turut disumbangkan kepada 300 murid kurang berkemampuan yang dikenal pasti di 10 buah sekolah di sekitar Sungai Buloh bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Selain itu sumbangan wang tunai berjumlah RM6,000 telah disampaikan oleh Ramanan kepada 300 murid yang membuka Akaun Simpanan-i Nuri Bank Rakyat.

Jelas kenyataan itu lagi, Bank Rakyat turut menganjurkan pelbagai inisiatif Jangkauan Komuniti dan program pemasaran dengan peruntukan RM2.3 juta sempena kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ tahun ini bagi menghargai sokongan pelanggan dan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatannya selama ini. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat