TDM temui 150 karton rokok seludup bernilai RM 8,250 di sempadan Indonesia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

Ba’kelalan – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menemui tiga bungkusan mengandungi 150 rokok yang disorok dalam hutan dipercayai dan disyaki cuba diseludup keluar ke negara Indonesia melalui Kg. Punang Kelalan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) pada Sabtu menyebut, rokok berkenaan ditemukan oleh sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) di sektor Op Jagakawan.

“Pada jam 1.30 petang, anggota tentera yang sedang menjalankan tugas rondaan, iaitu jarak lebih kurang 1,200 meter dari sempadan negara jiran, Indonesia telah menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan ke atas bungkusan tersebut telah menemukan sebanyak 100 karton rokok jenama Premium manakala 50 karton lagi adalah jenama Era, disyaki barang tidak berkastam/ larangan bernilai anggaran RM 8,250,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, laporan polis telah dibuat di Pondok Balai Ba’kelalan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak kastam untuk disiasat dan tindakan selanjutnya.

“TDM sentiasa komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia – Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” ujarnya lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat