99 Speed Mart agih 10,000 kit makanan kepada golongan kurang bernasib baik dan asnaf Islam

- Advertisement -

CHERAS: 99 Speed Mart akan mengagihkan 10,000 kit makanan kepada golongan kurang bernasib baik dan asnaf yang beragama Islam.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Dato’ Sri Hjh Nancy Shukri, kerjasama bersama 99 Speedmart ini adalah yang pertama kali buat KPWKM melalui JKM bagi membantu golongan yang memerlukan.

Jelas beliau lagi, melalui  sumbangan ini juga akan membantu  meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang berpendapatan rendah.

“Terlebih dahulu,  saya ingin  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan kepada pihak  99 Speedmart atas sumbangan 1,500 bakul makanan yang akan disalurkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya apabila tiba musim perayaan.

“Kerjasama bersama 99 Speedmart ini adalah yang pertama kali buat KPWKM melalui JKM bagi membantu golongan yang memerlukan dan melalui  sumbangan ini juga akan membantu  meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang berpendapatan rendah. 99 Speedmart juga telah berbesar hati untuk menyumbang barangan keperluan asas khas buat penghuni Rumah Seri Kenangan, Cheras hari ini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sasar Anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjsama 99 Speed Mart, di Rumah Seri Kenangan, Cheras, pada Rabu.

Dalam pada itu, ujar Nancy lagi, program ini mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Exco Kerajaan Tempatan &Pelancongan Negeri Selangor serta Majlis-Majlis Agama Islam turut menerima kit makanan untuk diserahkan kepada umat Islam yang daif dan asnaf.

Antara Majlis Agama Islam yang terlibat adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Ini merupakan usaha murni yang telah dijalankan oleh 99 Speedmart dan boleh dicontohi oleh semua pihak bagi membantu seluruh masyarakat di Malaysia, katanya.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima 1500 kit makanan manakala selebihnya diagihkan mengikut keperluan kepada kementerian,exco dan majlis-majlis agama yang terlibat.

“Kit makanan ramadan yang diagihkan kali ini bernilai 500 ribu ringgit merangkumi barangan seperti gula,biskut,minuman manis,bihun,tepung gandum dan santan serta ketupat.

“Penyerahan kit makanan ini dianjurkan buat kali ke 8 oleh rangkaian pasar mini yang mempunyai 2579 cawangan seluruh negara dan terkenal dengan slogan “Dekat Lagi Murah atau Near n’ Save”,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Ketua Pengawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang, amalan penyerahan ini adalah sebagai tanda penghargaan 99 Speed Mart kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan barangan keperluan rumah khususnya keika perayaan.

“Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat Malaysia dan pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal, kami yakin bantuan seperti ini akan menjadi penyeri serta mengurangkan bebanan.

“Penerima yang kebanyakan mereka adalah dari kumpulan B40. Mereka pun sentiasa menjadikan 99 Speed Mart sebagai pilihan mereka, jadi ini bukan sahaja satu pemberiaan sebaliknya adalah tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia.” katanya.

Menurut Yong lagi, selain Ramadan, kit makanan turut diedarkan ketika program bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Beliau berharap dengan pengagihan kit makanan Ramadan 99 Speed Mart ini, ia akan menyerikan lagi sambutan 1 Syawal disamping mengeratkan sillaturrahim.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat