PM Puji PDRM Kekalkan Momentum Kecemerlangan Penurunan Indeks Jenayah Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara.

Katanya, ini membuktikan PDRM sangat kredibiliti tinggi dalam menjaga keamanan negara.

Jelasnya, jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.

“Walaupun hampir seluruh kekuatan jentera pasukan dikerah untuk penugasan Op COVID-19, PDRM tetap komited mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekalkan keharmonian masyarakat serta keamanan negara.

“jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.

“Bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini pula, jenayah indeks turut turun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 kes dalam tempoh sama tahun lepas.” katanya jenayah indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada 2020.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, memerah keringat, mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana serta berhujan panas.

“Saya ingin melahirkan penghargaan terhadap anggota PDRM, sebagai barisan hadapan yang banyak membantu meringankan beban Keluarga Malaysia ketika pandemik COVID-19,

“kerajaan sedar tugas kepolisan dalam menangani kes jenayah semakin kompleks, terutama dengan kewujudan teknologi dan pelbagai aplikasi media sosial yang disalah guna untuk perbuatan jenayah,

“Ini menuntut PDRM menanganinya secara tegas, strategik dan berkesan demi memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.” katanya lagi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat