Menteri UMNO Berkumpul, Apa Motif?

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Beberapa orang menteri dan timbalan menteri dari UMNO dikatakan berkumpul disebuah hotel terkemuka di Putrajaya telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Memetik laporan Utusan Online, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilihat tiba pada pukul 8.45 pagi manakala kelibat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pula muncul pada 9.37 pagi.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung minggu lalu memutuskan agar Top 5 UMNO diberikan peluang untuk membincangkan cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Namun desakan itu semakin kuat apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal meluluskan usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Rabu lalu.

Hal ini setelah seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat