Selepas tengok PM indah khabar dari rupa, ramai lagi layak ganti Anwar jadi PM11 – MP Bachok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman berharap Perdana Menteri Malaysia ke-11 diangkat dari golongan teknokrat.

Beliau sekali gus menepis kebimbangan bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Nazri Aziz kononnya tidak ada pemimpin yang lebih layak menjadi Perdana Menteri jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Amat cetek pandangan yang menyatakan tiada siapa yang layak ganti PM Anwar, PM10.

“Malaysia punyai ramai tokoh politik, teknokrat, dan diplomat berwibawa – layak untuk menjadi PM11 dan seterusnya.

“Tidaklah sukar untuk sesiapa menjadi PM11, setelah kita menyaksikan PM10 merendahkan kriteria (lowered the bar) sebagai Perdana Menteri – bercakap kosong, berjanji manis, hasilnya tiada. Indah khabar dari rupa,” bidas Syahir di Facebooknya pada Selasa.

Menurut wakil rakyat Pas itu lagi, setelah dihinggapi penyakit ‘kleptokrasi’ dan ‘kakistokrasi’, Malaysia amat dahagakan pakej kepimpinan negara yang profesional, kompeten, berintegriti, dan ikhlas – meletakkan kepentingan negara di hadapan, bukan agenda peribadi.

“Dalam hal ini, saya cenderung untuk melihat seorang ‘teknokrat’ diberikan peluang untuk memimpin Malaysia, calon PM11.

“Seorang profesional yang disegani, kompeten, berintegriti dan bermaruah – ‘man of his word, man of integrity’ – kualiti seumpama Tan Sri Khalid Ibrahim, ataupun setarafnya.Siapakah calon yang difikirkan layak hari ini, terbuka untuk perbincangan. Saya boleh namakan, tetapi bukan di sini.

” Tidak terhad daripada ahli politik, boleh juga ditinjau dari kalangan tokoh korporat – CEO GLC/GLIC yang profesional, berpengalaman dan disegani. Walhasil Insya-Allah, ‘PM Teknokrat’, PM11 bagi menggantikan PM10, alternatif terbaik untuk Malaysia,” kata Syahir.

Sebelum ini Nazri berkata,”saya sangat bimbang untuk negara ini kerana tanpa PMX, siapa yang akan menjadi perdana menteri?

“Menyedihkan untuk dikatakan, sistem kita tidak membenarkan pembentukan pemimpin intelektual yang tidak memainkan sentimen perkauman dan agama.

“Cuba beritahu saya siapa? Ia akan menjadi bencana bagi kita jika Anwar tidak menjadi perdana menteri untuk lima tahun lagi selepas 2026,” kata bekas menteri undang-Undang itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat