Wan Azizah rasmi Nadi Desa Tun Razak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Desa Tun Razak menawarkan peluang kepada komuniti setempat untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka selain memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat.

Dengan pelbagai kemudahan dan program latihan yang disediakan, NADI Desa Tun Razak berpotensi untuk berkembang menjadi pusat komuniti serba guna yang tidak hanya menyediakan platform digital, tetapi juga menjadi ruang interaksi sosial yang akan menjadi tumpuan utama bagi masyarakat setempat.

Dalam pada itu, kewujudan NADI ini membuka peluang besar kepada komuniti setempat untuk menguasai teknologi komunikasi terkini, meningkatkan kemahiran, serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus mewujudkan ekosistem yang lebih dinamik dan berdaya saing.

NADI Desa Tun Razak yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail hari ini merupakan salah satu daripada tiga NADI baharu yang beroperasi sejak 17 September 2024, menjadikan jumlah keseluruhan NADI di Kuala Lumpur setakat ini sebanyak 24 buah.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan semasa majlis perasmian tersebut seperti sesi pameran reruai Usahawan NADI, taklimat keselamatan dalam talian serta saringan kesihatan secara percuma.

Fungsi NADI kini telah diperluas bukan sahaja untuk menyediakan capaian Internet, tetapi juga untuk memperkasa komuniti melalui lima (5) teras utama inisiatif Perkhidmatan Pintar yang diperkenalkan sejak Julai 2024 iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran, dan Inisiatif Kerajaan.

Inisiatif Perkhidmatan Pintar ini bertujuan untuk memastikan setiap program yang dijalankan mampu memenuhi keperluan komuniti dengan lebih mendalam, sekali gus memberikan impak yang besar dalam memperbaiki kualiti hidup dan memacu kemajuan masyarakat secara menyeluruh. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat