MCMC MICROSOFT AITEACH peringkat Negeri Sembilan tawar pemerkasaan peluang kerjaya

- Advertisement -

SEREMBAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan program MCMC Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan, dalam usaha memperkasakan komuniti setempat dengan pembangunan kapasiti Kecerdasan Buatan (AI).

Program ini merupakan kerjasama MCMC dengan rakan pelaksana, Biji-biji Initiative serta rakan kerjasama strategik iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah, dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),

Program ini mendokong hasrat melahirkan masyarakat celik digital seperti yang terkandung dalam Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal bin Ramli.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Sektor Pembangunan Industri MCMC, Encik Muhammad Razali Anuar; Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Ts. Dr. Aslizah binti Mohd Aris; Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan, Encik Mohamad Rizal Ahmad; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nahar Sidek; Pegawai Kanan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri Sembilan, Puan Sopana Palinisamy; Pengarah Kanan Sektor Awam Microsoft Malaysia, Encik Azhar Abdullah serta Ketua Pegawai Ekosistem Biji-biji Initiative, Encik Jeyasudan Balasundran.

Program selama dua (2) hari ini berlangsung di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah serta di lebih 60 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Negeri Sembilan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 400 orang peserta.

Sejak program ini dilancarkan pada 20 Jun 2024 lalu, seramai 1,352 peserta telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memperkukuh peluang kerjaya dengan memberi latihan menyeluruh khususnya kepada golongan rentan, dalam kemahiran Al.

Peserta akan berpeluang mempelajari asas-asas AI, pertimbangan etika, serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio.

Setelah tamat latihan, peserta akan menerima sijil penyertaan dan mendapat bantuan sokongan penempatan pekerjaan melalui kerjasama dengan PERKESO melalui platform MyFutureJobs.

Bantuan ini akan membantu mereka mencari peluang pekerjaan yang sesuai, meningkatkan kebolehpasaran, dan memperkukuh penyertaan dalam ekonomi digital.
MCMC dan Microsoft Malaysia akan terus melaksanakan program MCMC Microsoft AI TEACH ke negeri-negeri yang lain, dan komited dalam usaha
meningkatkan tahap kemahiran digital rakyat Malaysia demi memupuk keterangkuman digital. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat