Biden akan mengenakan semula larangan perjalanan ke AS

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengenakan semula larangan perjalanan COVID-19 kepada bukan warga Amerika Syarikat (AS) yang pernah ke Britain, Brazil, Ireland dan beberapa negara Eropah.

Pegawai Rumah Putih semalam berkata, Biden juga akan melanjutkan larangan untuk pengembara yang baru-baru ini ke Afrika Selatan susulan amaran terhadap varian baharu virus COVID-19 yang lebih mudah dijangkiti yang kini sudah dikesan di AS.

Minggu lalu, Presiden AS itu mengetatkan langkah pemakaian pelitup muka dan mengarahkan mereka yang masuk AS dikuarantin susulan krisis COVID-19 yang semakin buruk di negara itu.

Biden juga berkata, kes kematian akibat COVID-19 di AS dijangka meningkat kepada setengah juta orang pada bulan hadapan daripada 420,000 ketika ini, dan langkah drastik perlu segera dilaksanakan.

“Negara kita berada dalam tempoh kecemasan dan sudah tiba masa kita lakukan sesuatu,” katanya minggu lalu.

Bekas Presiden Donald Trump pada hari terakhir di pejabat Rumah Putih, mengumumkan larangan terhadap pengembara yang tiba dari Eropah dan Brazil akan ditarik balik namun pentadbiran Biden menjelaskan ia akan dikenakan semula bermula esok.

Trump sebelum ini mengumumkan larangan perjalanan kepada pengembara bukan warga AS yang masuk dari China pada 31 Januari tahun lalu, bagi menghalang penyebaran wabak itu dan kemudiannya melanjutkan kepada negara Eropah pada 14 Mac lalu selepas pandemik itu bertambah buruk.

Lebih 25 juta kes COVID-19 direkodkan di AS sejak pandemik itu dikesan dan menurut data Johns Hopskins University, sebanyak 420,000 kematian direkodkan.

Biden turut memberi komitmen untuk melawan COVID-19 sebagai keutamaannya dan menggesa Kongres untuk meluluskan pakej bantuan AS1.9 trilion (RM7.9 trilion) termasuk berbilion dolar untuk meningkatkan program vaksinasi.

Biden yang secara rasminya dilantik sebagai Presiden Rabu lalu berkata, dia mahukan 100 juta orang disuntik vaksin dan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. -AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat