‘MB Kedah malas layan MIC sebab tak undi PAS PRU14’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu beliau tidak mengambil endah kenyataan dan amaran pemimpin MIC bahawa parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Memetik Berita Harian Online Sanusi berkata, pada PRU14 pada 2018 lalu, MIC juga tidak menyokong PAS.

Malah beliau mendakwa, kebanyakan ahli parti MIC menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Malas layan dah, pada PRU14 pun dia (MIC) tak sokong kita (PAS) juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

“Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India,” katanya seperti dipetik portal berkenaan.

Sanusi berkata demikian susulan kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk ‘bersosial’ dengan kaum lain.

Justeru itu, Vigneswaran memberi amaran bahawa partinya tidak akan menyokong Sanusi pada PRU15 akan datang.

Cuti Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah selepas Sanusi mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan berkenaan di negeri itu susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah antara Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan menteri besar Kedah itu.

Untuk rekod, sambutan Thaipusam dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014.

Mengulas lanjut, Sanusi menjelaskan usahanya itu bukan bermakna mengetepikan penganut Hindu.

Sebaliknya katanya MIC sepatutnya menggesa kerajaan persekutuan supaya menjadikan sambutan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum.

Sanusi sebelum ini didakwa bersikap anti-Hindu selepas membuat keputusan untuk meruntuhkan dua buah kuil dan menerima kecaman susulan kenyataannya mengenai “mabuk todi”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat