KPLB bangunkan pelan strategik pendigitalan RM28 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM28 juta bagi membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025,” kata menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kata beliau, pelan pembangunan PSPKPLB 2021-2025 itu membabitkan visi, hala tuju strategik dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi jangka masa lima tahun.

Mahdzir berkata, pelan itu menyusun semula penyampaian perkhidmatan digital kementerian dengan menggariskan empat teras.

Empat teras itu, katanya, adalah pemantapan perkhidmatan digital bersepadu dan inklusif, pengukuhan infrastruktur digital berasaskan teknologi terkini dan selamat, pemerkasaan pembudayaan dan profesionalisme teknologi maklumat (ICT) dan tadbir urus ICT tuntas dan mampan.

“Teras strategik ini disokong oleh 14 strategi dan 78 program pendigitalan, disusuli dengan pemantauan berterusan dari semasa ke semasa supaya sentiasa selari dengan aspirasi kementerian dan kerajaan secara amnya,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025 di Putrajaya pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pelan strategik itu menunjukkan kementerian turut menjadi pemacu kepada agenda Kerajaan Digital yang mapan, ke arah membentuk masyarakat digital.

Katanya, KPLB juga bercadang meningkatkan capaian Internet di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjelang pertengahan tahun depan.

“Perkara ini sedang dibincangkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjayakan program ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat