Bersatu tak termasuk dalam kerajaan baru Melaka – Ab Rauf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan Melaka.

Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Barisan Nasional tidak akan membabitkan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dalam kerajaan baharu.

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian UMNO tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

“Cadangan untuk menggabungkan mereka tidak akan diterima dan kita tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan BERSATU,” katanya memetik BH pada Rabu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi dengan dua dimenangi PN, manakala selebihnya Pakatan Harapan (PH).

Terdapat cadangan supaya dua ADUN PN berkenaan bersama BN untuk membentuk kerajaan negeri seperti yang dilakukan pada peringkat Pusat, Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk dua ADUN baharu daripada PN itu dilantik sebagai Ahli EXCO Melaka kerana BN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi, iaitu melebihi dua pertiga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat