Fadhlina ikrar ambil tanggungjawab isu keselamatan institusi pendidikan

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menghargai setiap pandangan dan sumbang saran yang diberi kebimbangan yang dibangkitkan terkait isu keselamatan di institusi pendidikan.

“Saya dengar dengan teliti setiap kebimbangan yang dibangkitkan terkait isu keselamatan di institusi pendidikan. Saya ambil tanggungjawab ini.

“Saya hargai setiap pandangan dan sumbang saran yang diberi.

“Pada waktu ini Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berusaha menangani kelompangan yang wujud dan melaksanakan pelbagai langkah untuk tujuan tambah baik,” kata Fadhlina di Facebooknya semalam.

Ketua Wanita PKR itu juga menyeru semua untuk sama-sama berikhtiar.

“Ayuh kita bersama-sama berikhtiar, memastikan institusi pendidikan menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak, para guru dan warga pendidikan,” seru Fadhlina.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama dengan Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah menerima memorandum #MakeSchoolASaferPlace dari Sekretariat Sekolah Selamat di hadapan pintu masuk Parlimen Malaysia.

“Saya kata begini. Kami di Kementerian Pendidikan (KPM) berkongsi kebimbangan yang sama dengan kumpulan mahasiswa, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang berhimpun semalam, serta jutaan lagi rakyat di seluruh negara yang inginkan ekosistem selamat di institusi pendidikan.

“Tiada kompromi. Ini yang kita semua mahukan! Kata Fadhlina.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat