Wakil Perdagangan AS iringi Trump berkunjung ke Malaysia, Jepun, Korea Selatan

KUALA LUMPUR -Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Jamieson Greer akan berkunjung ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan bersama Presiden AS, Donald J Trump dan Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent.

Semasa di Malaysia, Greer akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China untuk membincangkan berkaitan perdagangan antara AS dan China.

“Greer juga akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur,” kata Pejabat Media Wakil Perdagangan AS dalam satu kenyataan.

Di Jepun, Greer akan menyertai lawatan rasmi Presiden AS Donald Trump ke Tokyo, manakala di Korea Selatan, beliau akan menyertai Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Korea Selatan 2025 di Gyeongju, lapor Bernama.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober.

Lebih 30 ketua negara dan kerajaan akan berkumpul untuk membincangkan keamanan serantau, daya tahan ekonomi dan pertumbuhan inklusif di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 iaitu ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat