Malaysia Berbangga Menjadi Sebahagian Tonggak Penting PBB -Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata sempena ulang tahun ke-75 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia berbangga menjadi sebahagian daripada tonggak penting ini. Bekerjasama rapat dengan PBB dalam menangani cabaran kompleks seperti sosial, ekonomi, dan alam sekitar.

Menurutnya, Malaysia juga telah menyertai pelbagai misi keamanan di Afrika, Timur Tengah, Asia Tenggara melakukan yang terbaik demi memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan dunia.

“Malaysia juga berbangga menjadi Hub Asia bagi Program Makanan Dunia PBB di Subang, memastikan makanan dan ubatan sampai ke pihak-pihak yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Program  Makanan dunia ini telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan baru-baru ini dan saya berbangga Malaysia memainkan peranan dalam pencapaian ini, katanya ketika memberi ucapan sempena ulang tahun ke-75 PBB, dilaman media sosialnya, hari ini.

Jelas beliau ketika megimbau kembali perjalanan negara selama ini, pencapaian yang telah kita kecapi, dengan visi dan dedikasi, kita telah banyak membantu usaha yang telah menampakkan hasil hari ini.

katanya, PBB merupakan cerminan keyakinan bahawa negara-negara dunia boleh melakukan yang terbaik apabila bersatu berbanding berusaha bersendirian.

“Bagaimanapun, kita sedar sekarang kita berhadapan pandemik Covid-19,

“Ia bukan kirisis kesihatan, tetapi juga ekonomi, kemanusiaan, keselamatan dan hak kemanusiaan, tegasnya.

Pada masa kini, pandemik ini telah menyerlahkan lagi kelemahan dan ketidaksamarataan antara setiap negara. Untuk keluar daripada krisis ini, dunia memerlukan pendekatan kolektif yang ditunjangi kasih sayang dan solidariti.

Menurutnya lagi, Ya, banyak yang telah dilakukan tetapi banyak lagi yang  perlu dilakukan. Kita mesti bertindak tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Disaat kita perlu mengeratkan hubungan, ada antara kita yang membina batasan.

Bagi beliau, Kejayaan kita bersama PBB setakat ini mesti menjadi inspirasi untuk kita berusaha lebih keras dan mengecapi lebih banyak pencapaian. Setiap perwakilan yang bercakap, setiap suara yang dilontarkan, setiap perasmian dalam memulakan pertemuan membawa harapan baru kepada dunia.

“Bersempena sambutan hari ini, marilah kita bersama-sama memetakan hala tuju, menentukan masa depan yang kita mahu dan PBB perlukan,

“Hanya apabila kita bekerjasama, kita berupaya menangani ancaman dan merebut peluang bersama-sama, Hanya di PBB, semua negara tidak kira kaya atau miskin, kecil atau besar, suara mereka didengari,” ujarnya.

Tegas Hishammuddin, Malaysia tidak akan mengubah komitmen terhadap PBB dan multilaterisme,  berdasarkan prisip yang termaktub dalam Piagam PBB.

Beliau mengajak kita memaknai hari ulangtahun ini dengan merenung kembali apa yang telah kita lalui selama 75 tahun ini, serta nilai-nilai Piagam PBB yang menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Satukan Kekuatan kita”, demi “Kita rakyat” dalam usaha membina kehidupan sejahtera, selamat dan bermaruah untuk semua,” katanya.–SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat