Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam dan mengutamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesususahan kepada mereka.

Menurut beliau, sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan perlembagaan akan meletakkan negara dan rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih sulit dan memburukkan lagi keadaan.

“Saya menyeru agar kerajaan menangani krisis ini dengan fokus, berpelembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains dan data.

“Pandemik ini hanya akan dapat diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan kepatuhan kepada perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad menegaskan, Malaysia berada dalam krisis kesihatan yang tidak pernah ia hadapi dalam sejarah.

Namun katanya, ia bukan suatu krisis kesihatan yang unik kepada Malaysia. Pandemik virus corona adalah wabak global yang juga dihadapi oleh hampir semua negara lain di dunia.

Jelasnya, yang membezakan ialah skala kebolehjangkitan dan korban dari wabak ini. Sehingga kini Malaysia masih berada dalam keadaan yang jauh lebih baik dari kebanyakan negara lain.

“Kemampuan sistem kesihatan Malaysia menangani krisis ini adalah teruji dan telah diiktiraf sebagai salah satu negara dengan tindakan terbaik dan wajar dicontohi.

“Justeru, apa jua tindakan menangani krisis ini mestilah memaparkan keupayaan Kerajaan bertindak dengan wajar, saintifik dan mengambil kira kepentingan awam,”ujarnya.

Mohamad memaklumkan, Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam.

“Malah Malaysia telah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang terfokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus yang selari dengan kepentingan rakyat dengan sistem kesihatan yang berfungsi dengan baik walaupun tertekan.

“Rakyat yang terkesan dengan krisis ini terus patuh dengan protokol kesihatan yang diwartakan. Malah rakyat Malaysia terus gigih berikhtiar memberdayakan diri mereka dengan pekerjaan dan perniagaan bagi kelangsungan kehidupan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat