PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya, lapor Malay Mail hari ini.

Menurut laporan itu, setakat ini hanya Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan 11 Ahli Parlimennya bersama DAP yang mempunyai 42 Ahli Parlimen (MP) telah mengesahkan akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebelum ini menafikan beliau mengetahui rancangan Anwar untuk merampas pentabdiran dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami pun tidak tahu apa-apa. Nantilah kenyataan susulan,” katanya.

Sementara itu, laporan tersebut menjangkakan jika Pakatan Harapan (PH) memberikan sokongan penuh 91 kerusi, Anwar masih memerlukan baki 21 ahli parlimen untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi.

Wakil rakyat lain dari blok pembangkang mungkin terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (5), Parti Warisan Sabah (9), Upko (1), Parti Sarawak Baru (2) dan satu lagi dari Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Jika dijumlahkan, Anwar masih memerlukan tiga wakil rakyat dari blok kerajaan untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, wujud kemungkinan Warisan dan Pejuang tidak memberikan sokongan kerana menentang Anwar.

Laporan sama berkata, sumber dalaman PKR mendakwa perbincangan bersama Ahli Parlimen Bersatu dan UMNO sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 20 wakil rakyat yang akan melompat (dari bersatu dan UMNO).

“Jika semua berjalan lancar, Anwar mampu mendapat sokongan 122 daripada 222 wakil rakyat dengan tertinggi 138 kerusi,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan beliau mendapat makluman ada antara Ahli Parlimen BN dan UMNO yang secara peribadi telah menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi,” ujarnya.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua percubaan dilakukan oleh kalangan bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyasarkan Ahli Parlimen Bersatu dan BN bagi meruntuhkan kerajaan PN.

Julai lalu, kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gagal dalam usahanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri dengan merampas kembali pentadbiran negara apabila hanya berjaya menarik sokongan seorang Ahli Parlimen Bersatu yang kemudiannya dipecat keahlian dari parti.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat