Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian Covid-19 adalah negatif.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, arahan kuarantin dan pengawasan itu diterima kerana beliau adalah kontak rapat dengan seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang positif Covid-19.

“Saya telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan Covid 19,Dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, hari ini

“Ini berikutan kontak dekat saya dengann Datuk Razlan, ahli MKT yang kini disahkan positif

“Dengan perintah ini,saya di kehendaki menjalani kurantin di kediaman di KK bagi tempoh tertentu,” katanya.

Beliau menjelaskan walaupun ujian Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini adalah negatif, namun beliau menjalani satu lagi ujian di Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu yang akan diketahui keputusannya dalam masa terdekat.

“Untuk makluman dua hari lepas saya telah jalani ujian RT-PCR COVID19 di HKL dan di sahkan negatif

“Hari ini saya jalani satu lagi ujian oleh Jab Kesihatan KK dan keputusan di jangka diperolehi sehari dua lagi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Annuar turut mengumumkan beliau terpaksa membatalkan semua jadual kehadirannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah termasuk ceramah perdana bersama Perdana Menteri di Pitas dan Kota Belud.

“Namun, InsyaAllah saya akan terus bertugas dari kediaman saya dan akan berkomunikasi dengan semua peringkat jentera seperti biasa

“Saya menyeru agar semua jentera BN dan GRS terus berjuang habis habisan (dalam tempoh) 48 jam terakhir ini dan terus mengajak rakyat Sabah supaya UBAH BALIK,TOLAK WARISAN agar rakyat dan bumi Sabah terbela sepenuhnya,” katanya, yang turut memohon maaf atas kesulitan berbangkit. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat