Mahdzir Dan Nazri Nafi Ada Kaitan Dengan ‘Langkah Anwar”

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dua ahli parlimen UMNO menafikan memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Naib Presiden UMNO dan ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya beliau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diterajui Anwar.

“Saya, Mahdzir Bin Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Manakala seorang lagi yang dikaitkan memberi sokongan kepada Anwar, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut menafikan perkara yang sama.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata sepanjang lapan hari yang lalu beliau berada di Sabah dan tidak mengetahui tentang usaha Anwar ini.

“Saya berada di Sabah selama lapan hari dan pada masa itu saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar.

“Kali penghabisan saya berjumpa Anwar ialah ketika parlimen bersidang pada Julai lalu, jadi saya tidak tahu menahu tentang langkah terahir ini.

“Mungkin dia (Anwar) dapat menghubungi ahli-ahli UMNO yang lain tetapi sudah tentu dengan saya tidak ada apa langsung urusan, jadi saya tidak tahu menahu tentang perkara ini,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Pada Rabu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan bilangan mereka.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat