Terlalu banyak perkara pelik sedang berlaku, kebanyakannya tidak bawa kebaikan – Dr M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan ada terlalu banyak perkara pelik sedang berlaku di dunia ini termasuk Malaysia dan kebanyakan daripadanya tidak bawa kebaikan kepada manusia.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Dr Mahathir berkata kejadian pelik itu membuatkan beliau sukar membuat ulasan untuk setiap satu kerana dunia sekarang ini sedang berada dalam pergolakan.

“Dalam negara juga tidak banyak bezanya, terdapat banyak kes mahkamah. Keputusan yang pelik dibuat apabila orang yang melakukan kesalahan kecil dihukum, manakala mereka yang mencuri berjuta-juta dibebaskan dan dilantik ke jawatan tinggi.

“Pemimpin yang pelik memimpin banyak negara. Mereka juga membuat keputusan yang pelik.

“Begitulah keadaannya. Peristiwa berlaku tanpa henti namun, nampaknya tiada siapa yang mengambil berat,” kata beliau.

Tambah beliau, ada perkara lain yang pelik ialah berlaku peperangan tidak sepatutnya tercetus tetapi tetap berlaku dan mengorbankan puluhan ribu nyawa selain menyebabkan kemusnahan harta benda dan kerugian besar.

“Begitu juga sebuah negara diserang secara tiba-tiba dan pemimpinnya dibunuh sehingga mencetuskan peperangan.
“Kemudian negara yang menyerang melancarkan serangan bom dan roket, manakala negara yang diserang pula bertindak menyerang pangkalan milik pihak penyerang di beberapa negara,” ujarnya.

Dr Mahathir turut menyentuh mengenai tindakan Israel yang menduduki sebahagian daripada wilayah negara lain sebelum mendakwa negara berkenaan melindungi pengganas.

Menurutnya, perang dan genosid di Gaza oleh Israel juga masih berterusan, malah serangan bom serta roket tetap berlaku walaupun ketika tempoh gencatan senjata.

“Sehingga kini kira-kira 73,000 rakyat Gaza telah terbunuh manakala seluruh bandar Gaza musnah dan menjadi runtuhan.

“Seluruh bandar Gaza telah musnah dan menjadi runtuhan. Namun, rakyat Gaza masih berusaha untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

“Selain itu, terdapat peperangan antara Ukraine dan Rusia. Satu peperangan yang tidak masuk akal kerana Ukraine tidak mampu mengalahkan Rusia namun ribuan orang terkorban serta seluruh bandar musnah,” ulasnya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat