Kalau 2027 Umno kuat, tak mustahil tanding solo – Mat Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak mustahil Umno akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang dijangka pada 2027 nanti sekiranya ditakdirkan bertukar menjadi parti yang kuat dan diterima pengundi.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk Umno menilai diri dan kekuatan parti.

“Dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 ini macam-macam suara, ada yang kita (Umno) nak bergerak solo, ada kata kita mengkaji, tapi pengakhiran ceritanya nanti kepimpinan akan meneliti dan melihat apabila sampai ketikanya.

“Sebab ktia tidak boleh menilai diri kita sekarang untuk tahun 2027, bila sampai masa nak PRU nanti kita lihatlah bagaimana kekuatan parti kita.

“Kalau keadaan parti kia pada ketika itu membolehkan kita bergerak solo maka kita akan buat keputusan pada ketika itu. Kalau tidak boleh bergerak solo, kita memerlukan rakan untuk kita menghadapi PRU pun kita akan fikiran pada ketika itu. Terpulang pada ketika itu.

“Sekarang ini adalah tidak adil untuk kita menilai diri kita sekarang untuk tahun 2027,” jelas Mohamad ketika ditemui media pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Luar itu diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 yang membuat pendirian Umno tidak akan bergerak solo dalam PRU akan datang, sebaliknya bersama Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan juga pertembungan jenteri parti Kerajaan Perpaduan.

Zahid bagaimanapun menyatakan Umno mahu kembali dominan.

Justeru Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kenyataan dan pandangan Zahid itu harus diteroka, dikupas dan diteliti agar ianya tidak dinilai secara dasar sahaja.

“Presiden mempunyai pandangan begitu dan kita harus menerokailah macam mana cara untuk kita pastikan. Sebab Presiden juga mahu supaya Umno menubuhkan kerajaan, jadi ada banyak mesej yang dihantar oleh Presiden semasa ucapan dasar beliau semalam.

“Ini perlu dikupas dan diteliti kerana kita tak boleh ambik the surface sahaja kerana Presiden dia bercakap tak nak bertindih tapi pada masa yang sama Presiden kata Umno mesti berupaya menubuhkan kerajaan jadi, cara mana dan langkah bagaimana itu perlu diperhalusi dan perlu rancang betul-betul kerana kita tak mahu pula nanti jadi macam anjing dengan bayang-bayang -rugi sendiri.

“Kita dalam pilihan raya ni kita nak menang, keutamaan kita nak menang nak tubuhkan kerajaan.

“Jadi nak menang cari cara macam mana nak menang dan cari cara macam mana nak tubuh kerajaan. Itu yang penting, kita tak mahu nanti tamak sangat sudahnya kita kecundang. Itu kita tak mahu,” tegas Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat