“Saya tak alim macam Hadi, biarlah dia gelar kami dajjal” – Mat Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan memilih untuk tidak berperang mulut dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabel Umno sebagai parti yang mengamalkan konsep politik dajjal.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menilai sekiranya menilai Umno sedemikian.

“Takpa lah dia (Hadi) punya penafsiran al-Quran dia begitu biarlah, sebab saya tak lah sealim beliau.

“Dulu Umno-PAS berkawan atas politik tetapi itu pandangan beliau terpulanglah pandangan beliau kalau nak kata kami ni dajjal, dajjalah kami.

“Kami pun boleh panggil seseorang tu dajjal tapi kami tak sampai begitu,” balas Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Luar enggan mengeruhkan lagi keadaan dan perpecahan di kalangan Melayu Islam di negara ini.

“Kita tidak mahu rakyat Malaysia terutama orang Melayu ni bertambah parah lagi, jadi saya mengambil sikap orang nak kata apa, katalah itu terpulang dia, dosa pahala Allah Taala yang kira kemudian,” ujar Ahli Parlimen Rembau itu lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat