KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulangkan paku buah keras kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Umno yang rosak kini bersama Pakatan Harapan (PH) mempraktikkan konsep politik dajjal.
Balas Zahid, “yang dajjal itu diorang (mereka).
Presiden PAS itu sebelum ini ada menyebut dua sifat yang ada pada dajjal dalam dirinya, iaitu pembohong dan menggoda dengan kesenangan hidup dunia tanpa sempadan halal dan haram.
Susulan itu, Hadi mengaitkan Umno dengan gejala rasuah yang telah merosakkan perjuangan asal Umno demi agama, bangsa dan tanah airnya, sehingga menyebabkan ramai kepimpinannya telah meninggalkan Umno.
“Umno yang rosak bersama PH meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaannya. Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajjal,” catat Hadi dalam Minda Presiden PAS.